Halaman

Google
 



Monday, October 26, 2009

H1N1:Obama isytihar darurat


WASHINGTON 25 Okt. – Presiden Barack Obama mengisytiharkan selesema babi sebagai ‘darurat negara’ sewaktu Amerika Syarikat menghadapi berjuta-juta kes jangkitan dan lebih 1,000 kematian.

Pengisytiharan darurat yang ditandatangani petang kelmarin itu, membolehkan para doktor dan jururawat melangkaui keperluan tertentu Persekutuan, supaya mereka boleh mengendalikan pesakit influenza A (H1N1) dengan lebih baik.

Ia dibuat hanya beberapa hari selepas Setiausaha Kesihatan, Kathleen Sebelius memberi amaran bahawa permintaan vaksin strain flu tersebut melebihi bekalan.

“Pandemik H1N1 2009 terus meningkat, kadarnya melonjak dengan cepat dalam banyak komuniti di seluruh negara dan terdapat kemungkinan pandemik tersebut membebani sumber-sumber penjagaan kesihatan di sesetengah tempat,” kata Obama.

Ketika rakyat AS menanti penghantaran vaksin, 46 daripada 50 negeri kini melaporkan penyebaran selesema babi, yang agak luar biasa awalnya, memandangkan kemuncak musim selesema yang biasa ialah pada bulan Januari atau Februari. – AFP


--- UTUSAN MALAYSIA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...