Halaman

Google
 



Monday, June 10, 2013

Nilai Semula Piagam Pelanggan Untuk Hasil Prestasi Tinggi - KP JPA


KUCHING, 10 Jun (Bernama) -- Jabatan dan agensi kerajaan perlu melihat semula piagam pelanggan mereka bagi memastikan kerelevenannya dengan usaha untuk mentransformasi perkhidmatan awam negara.

Menggesa demikian, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, berkata proses transformasi ini akan turut melibatkan keperluan untuk menilai semula keberkesanan fungsi dan misi badan-badan kerajaan yang terlibat.

"Ini adalah di antara beberapa perkara yang perlu dikaji semula dalam usaha kita untuk mencapai perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis dialog bersama ketua-ketua jabatan persekutuan di Sarawak di sini Isnin.

Menurutnya rangka kerja besar ke arah transformasi perkhidmatan awam negara yang telah siap baru-baru ini turut melibatkan penilaian semula piagam pelanggan, misi dan fungsi jabatan dan agensi kerajaan.

"Buat permulaan kita sedang melaksanakan cadangan-cadangan di bawah rangka kerja ini di peringkat JPA dan saya akan membuat perbincangan dengan semua KSU (Ketua Setiausaha) Kementerian untuk diperhalusi lagi sebelum diperluaskan ke jabatan-jabatan lain," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...