Halaman

Google
 



Wednesday, June 13, 2012

Kementerian Kesihatan Optimis Kematian Akibat Bersalin Dapat Dikurangkan


Foto - www.teachingtoddlers.info


KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Kementerian Kesihatan optimis kadar kematian akibat melahirkan anak dapat dikurangkan secara drastik berdasarkan penggunaan fasiliti terbaik dan kepakaran tinggi yang digunakan hospital masa kini.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sasaran itu diyakini dapat dicapai dalam masa yang singkat sekiranya amalan klinikal dan kualiti perkhidmatan di setiap hospital termasuk hospital kerajaan turut ditingkatkan.

"Dengan penggunaan teknologi perubatan terbaik, jumlah kematian dalam isu kelahiran berjaya dikurangkan namun kita perlu pastikan dapat menurunkan lagi kadar kematian ibu dan bayi yang dilahirkan dan saya percaya ia dapat dilakukan. "Saya yakin dengan kemahiran dan tenaga pakar terlatih sedia ada termasuk jururawat, lebih ramai wanita dan bayi boleh diselamatkan dan jurang komplikasi yang berlaku juga boleh diturunkan," katanya kepada pemberita selepas majlis 'Nurse Night' peringkat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini Rabu malam.

Liow berkata beliau telah mengarahkan ketua pengarah setiap hospital untuk memaklumkan dan membuat laporan rasmi kepada kementeriannya tanpa bertangguh, sekiranya berlaku sebarang kematian akibat melahirkan anak.

-- BERNAMA

----Forum Paramedik Malaysia-----
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...