Halaman

Google
 



Thursday, November 5, 2009

Kannika Damrong pelajar terbaik Kolej Kejururawatan Melaka (Utusan Malaysia Online)

ARKIB : 28/10/2009



SEBAHAGIAN graduan Majlis Konvokesyen Kolej Kejururawatan Melaka Ke-8 di Melaka, semalam. - utusan/Gaie Uchel


MELAKA 27 Okt. - Mengharungi hidup tanpa bapa tersayang, tidak mematahkan semangat Kannika Damrong Pradid, 25, untuk menerima Anugerah Graduan Akademik dan Kurikulum Terbaik pada Konvokesyen Kolej Kejururawatan Melaka Ke-8 hari ini.

Beliau antara 75 pelajar kolej berkenaan yang menerima Diploma Kejururawatan pra asas daripada kumpulan Julai 2006.

Buat Kannika Damrong, dia tidak menyangka berkat kesungguhannya selama beberapa tahun membuahkan hasil apabila berjaya meraih anugerah tersebut.

''Bagi saya, seseorang pelajar atau pelatih jururawat itu harus bijak mengatur masa dan aktiviti riadah memastikan semuanya berjalan dengan teratur," katanya yang berasal dari Kelantan.

Pada majlis itu, keseluruhan seramai 223 pelajar termasuk 148 menerima sijil dan selebihnya diploma masing-masing.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Azmi Hashim.

Kannika Damrong yang memperoleh keputusan 3.45 purata nilai gred keseluruhan (CGPA) berkata, dia menggunakan masa sepenuhnya ketika berada di dalam kuliah.

''Saya hadiahkan kejayaan ini kepada ibu saya yang sentiasa memberi pendorong kepada saya untuk menerima anugerah ini," katanya.

Sementara itu, bagi Rabiatul Adawiah Abu Bakar, 22, yang menerima Anugerah Graduan Cemerlang Akademik melahirkan rasa gembira atas kejayaan tersebut.

Katanya lagi, dia mengamalkan belajar secara berkumpulan bagi memastikan keputusan praktikal dan akademik mencapai keputusan yang baik.

''Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa serta tenaga pengajar yang tidak pernah putus memberi sokongan dan mendorong sehingga saya mencapai kejayaan ini," katanya.

Pada majlis tersebut juga sepasang suami isteri, Zulkarnain Mohd. Iskandar, 32, dan Rozita Rashid, 28, masing- masing menerima sijil kursus Pos Basik Kebidanan dan Perawatan Ortopedik.

Pasangan itu menyifatkan kejayaan ini merupakan berkat usaha gigih mereka.

''Setiap masalah yang timbul kami galas sebagai cabaran kerana semua itu mengajar kami untuk jadi yang terbaik sepanjang mengikuti kursus selama enam bulan ini.

''Saya dan isteri harus bijak mengawal emosi ketika berhadapan dengan anak dan kerjaya serta menjalankan latihan kursus yang telah ditetapkan.

''Malah, ada satu ketika, kami terpaksa bersengkang mata untuk mengulang kaji di musim peperiksaan kerana pada waktu siang, komitmen terhadap kerjaya dan anak-anak harus diberikan terlebih dahulu," katanya yang mempunyai dua cahaya mata berusia dua dan empat tahun.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...