Halaman

Google
 



Saturday, February 2, 2008

Ancaman keracunan kanak-kanak di rumah

- utusan online

KANAK-KANAK yang suka memasukkan apa sahaja ke dalam mulut berisiko tinggi mengalami keracunan.

HAMPIR terlena dibuai mimpi, tiba-tiba kedengaran suara rengekan anak kedua di bilik belakang yang memanggil sambil menangis.

Ini mungkin ada yang tidak kena, segera bingkas bangun dari tidur dan terus menerpa ke biliknya.

‘‘Ibu, Haiqal sakit perut,’’ kata Haiqal sambil meramas-ramas perutnya.

Tidak mungkin tersalah makan, kalau tidak silap semalam makan makanan yang masih panas dan tidak terdedah kepada parasit yang boleh menyebabkan keracunan.

Apabila pergi ke klinik, doktor menerangkan bahawa bukan semua kes keracunan disebabkan oleh memakan makanan yang telah terdedah atau tidak cukup masak tetapi ada lagi faktor lain seperti ‘sediaan’ di rumah.

Apakah `sediaan?’ ‘Sediaan’ ialah sebarang barangan yang mengandungi etanol atau alkohol jenis kepekatan tinggi seperti sabun pencuci, pendandan rambut dan pencuci kuku. Selalunya, gangguan gastrousus (perut) adalah tanda yang awal apabila berlakunya keracunan.

Pusat Racun Negara menganggarkan kadar keracunan yang membabitkan `sediaan-sediaan’ di rumah adalah antara 16 sehingga 30 peratus daripada keseluruhan kes keracunan yang dilaporkan.

Daripada jumlah ini, lebih kurang 90 peratus membabitkan kanak-kanak dalam peringkat umur seperti: 1 hingga 3 tahun sebanyak 60 peratus, 3 hingga 6 tahun (20 peratus) dan 6 hingga 11 tahun ( 10 peratus).

Tempat yang paling bahaya mengakibatkan keracunan di rumah adalah di dapur ialah 50 peratus, bilik air (20 peratus) dan bilik tidur (10 peratus).

10 kategori utama keracunan membabitkan sediaan di rumah.

- Sabun dan bahan pencuci.

- Alat kosmetik dan ‘sediaan’ kegunaan peribadi seperti minyak wangi dan kolon badan.

- Hidrokarbon seperti minyak tanah.

- Tumbuh-tumbuhan.

- Alat-alat mainan seperti desikan (bahan pengering).

- Insektisid dan pestisid (racun makhluk perosak) seperti organofosfat dan karbamat.

- Alat-alat lukisan termasuk pen marker dan warna magik dan dakwat.

- Cat, varnis, pencair cat.

- Deodoran seperti pewangi udara dan semburan badan.

- Rodentisid (racun tikus) yang meningkatkan risiko pendarahan.

Bila sepatutnya mengesyaki kanak-kanak mengalami keracunan?

- Pernah memakan barang-barang yang beracun. Kanak-kanak berumur antara 1 hingga 5 tahun. Mereka dianggap berisiko tinggi kerana gemar memasukkan apa sahaja ke dalam mulut.

- Kanak-kanak menjadi sakit secara mengejut terutama sekali jika pesakit mengalami gelugut (konvulsi) tanpa demam atau tidak sedarkan diri (koma) tanpa sebarang sebab yang nyata.

- Kesakitan yang dialaminya melibatkan beberapa bahagian badan tanpa sebarang sebab nyata.

- Nafas kanak-kanak berbau sesuatu yang luar biasa atau terdapat tanda-tanda kotor atau melecur pada mulut dan bibir.

- Muntah darah tanpa sebab.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...